Jun 24, 2016

PengalamanTemuduga Pembantu Pengurusan Murid - PART 1

Haaaaa....... Aku pasti ramai yang dapat panggilan interview SPP kn??
Termasuklah aku sekali. Dan kebiasaannye sekali temuduga tu ramailah umatnye.
Sebab tak silap aku kali ni mmg die tgh buat pengambilan sekali banyak ni.
Mungkin byk kekosongan yg perlu diisi.
Aku dapat surat minggu lepas. Tapi sampai kt umah kampong.
Aku macam..... what???? Bukan dah update ke??
Lps tu macammmmmmm bkn dh lame apply ke??
Banyaklah persoalan yang timbul.
Tapi nak taknak aku kene HADAP interview ni.
Cuba je lah. Kalo ade rezeki, Alhamdulillah.
Kalo xde, sila cube lagi!! Hahahaha!!
Kengkawan aku banyak bg tips.
Aku pon sempatlah google tgk pengalaman org lain gak.
Tapi info sikitttttt sgt. Takpe lah as long aku usaha gak kan.

Jadi bermulalah aku cuba cari sebanyak ilmu yang ade.
Aku akan share dgn korang TIPS-TIPS yg aku dh praktikkan.
Berdasarkan pengalaman aku dan org lain.
Aku combinekan ye.
Dengan harapan dapat membantu korang.
Ataupon sebagai panduan korang jugak di masa akan datang.

Ok pertama sekali apa yang korang buat adalah.
Pastikan TARIKH dan TEMPAT temuduga dimana.
BILIK tu pon penting sila semak betul2.
Macam aku tarikh 23 Jun 2016 bertempat di SPP, Putrajaya dan bilik 12.
Masa pon sama. Di nasihatkan datang awal 30minit sebelum ditempat temuduga.

Kemudian DOKUMEN yg diminta.
Bila korang dapat surat tu nanti SPP akn senaraikan setiap dokumen yg perlu dibawa.
WAJIB bawa dokumen asal dan salinan YANG TELAH DISAHKAN.
Yang ini korang boleh prepare awal2 la. Susunan harus ikut apa yg telah mereka tetapkan.
Ok tambahan, utk sijil asal korang letakkn dalam clear folder nt senang nk selak.
Lps tu didepan sekali sile letak IC dgn surat panggilan interview tu.
Sijil penghargaan/Penyertaan byk sgt kn?? Sila pilih tiga yang terbaik sahaja.

Seterusnya, PAKAIAN. Haruslah kena formal. Malas nk explain korang pon tau kan macam mane interview KERAJAAN ni. Kasut mesti bertutup! Jangan nak ngande2 pakai sandal atau seliper. Aku cepuk kang!

Dan akhir sekali sile penuhkan ilmu didada dgn sebaik mungkin.
Yang paling penting pengetahuan AM perlu ada. Ini adalah soalan WAJIB ditanya. Mesti korang nak tau pengetahuam Am yg macam mana kn?? Pengetahuan Am di sini adalah berkenaan MALAYSIA. Ko bacalah sampai muntah! antara soalan yang ditanya semalam.
1) Siapa PM kita sekarang? Dan siapa Timbalan beliau?
2) Apakah Gagagasan 1Malaysia?
3) Siapakan Menteri Pelajaran Malaysia?
4) Sila jelaskan tentang bendera Malaysia? ditujukan kat aku........
5) Siapa Bapa kemerdekaan? Bapa Perpaduan? Bapa Permodenan?

Jangan lupe pulak hadamkan pasal ringkasan tugas PPM, skop kerja berserta fungsi sekali.
part ni mmg Nampak mudah tapi yang ni aku mmg out sbb xde info langsung. Sbb soalan yg ditanya oleh pegawai drpd KPM sendiri.
1) Komponen2 pengajaran.
2) Cara-cara kebersihan diri murid-murid
3) Bagaimana mengajar murid-murid di desa?
4) Jika terdapat seorang murid yang diserang sawan bagaimanakah tindakan anda?

Tu antara soalan-soalan yg aku ingatlah. Yang lain2 aku rasa korang blh cari info sendiri kot. Disebabkan ini adalah jawatan pembantu sahaja jadi die takkan tanye soalan2 diluar kotak. Jangan bimbang just prepare tentang diri korang je ok.

Semasa hari kejadian berlangsung pulak korang perlu make sure kat mana LOKASI temuduga.
Macam aku semalam aku dah google siap2 tempat tu. Tapi tau je lah Putrajaya tu besor wehhhh.
Aku ikut gerak naluri hati je. Mula-mula nak mintak cik abg hntr tp nt ganggu keje die pulak. Takpelah bukan aku tak biase cuma takut sesat. Bila pegi dua org ni idea tu banyak lah sikit kot. Hahahahaha!!!! Sudahnye aku pon drive jugak lah. Aku drpd klang kul 7.30am masuk NKVE trus exit kat ELITE. Lps tu trus cari exit Putrajaya. Signboard kn banyak ko bace je lah. Nak hidup beb kene lah bijak. Nasib baik jln sgt2 ok. Ak drive pon dgn hati yg tenang. Jumpe je exit Putrajaya aku trus masuk. Tentiba jalan slow. Adehhhhhhh! Xpe sabor2 mase byk lg.

Aku teruskan perjalanan macam biase bile dh masuk area Putrajaya menggagau pulak aku. Celah mane bangunan SPP tu eh?? Aku igt bangunan die dkt2 dgn tasik tu je. So, berpandukan signboard yg ade aku pon follow je. Hahahahaha!! gamble gile kot. Last smpaikan jambatan cantik tu aku dh lost. Trus aku on waze. Bile on waze, die bg guideline masuk pintu UTAMA yg mana itu hanyalah utk staff shj. So kene U-turn lps tu masuk pintu B utk amek pass masuk. Sebelah je tu. Ko nmpak org rmai ye la tu. Aku pon park kete lps tu jln kaki ke situ. Parking sane byk kosong jgn risau. Cume dkt dgn jauh je. Pepandai lah korg adjust cemane nt.

Ko ingat ko sorg je datang temuduga?? ramai ok! Jadi semasa beratur nk ambk pass tu. Keluarkn siap2 IC dgn lesen. Ikut je arahan pegawai bertugas tu. Bile dh dpt pass korang masuk follow je rakan2 yg dh lps. Tapi xbyk petanda arah nak ke bangunan SPP tu. Sbb bangunan tu sebelah dgn apetah lps tu ko kene cross bangunan MAMPU dlu baru nmpak bangunan SPP tu.

Bile dh smpai sane ko kene, tgk NO. BILIK. Sbbnye dorg dh bahagikan calon ikut bilik. Sesambil tu berkenalan lah dgn rakan-rakan baru. Buat je ramah-tamah.

Eh! mcam panjang pulak entry kali ni. Nantilah aku sambung kat entry lain. Aku nak share macam mane nak attract penemuduga. Supaya die berminat nak dengar cerita-cerita ko. Pasal latar belakang ko. Pasal diri ko nantilah aku sambung ye.... BYE!

1 comment:

  1. The Top Betting Sites in Canada 2021 | Sports Betting
    Our experts 강원 랜드 슬롯 머신 take bets on the best odds and lines for betting on sports, casino, poker, and more. Find the best 파라오바카라 online betting sites with bwin the best 🔥 Top Sports 할리우드 배우 노출 Betting Site: Betway🎲 New User Bonus: bet365 코리아 $500📱 Mobile Version: Android

    ReplyDelete